Assalamualaikum..Ya Akhi wa Ukhti..
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..masih lagi diberi kelapangan waktu dan keizinan untuk menghirup udaraNya..
Tatkala melihat sahabat2 sudah lena dibuai mimpi aku merasakan bertapa alangkah nikmatnya saat mata bisa terpejam lena..berbanding mataku yang masih lagi liat untuk dikalahkan..namun aku juga turut bimbang andai mata ini terpejam hari ini akan terus terpejam buat selama-lamanya..masih banyak yang aku ingin lakukan untuk menebus kelekaanku selama ini..semoga ruang taubat masih tetap terbuka buatku keesokan harinya..insya Allah..
entah kenapa malam ni feeling terlebih pulak sal tajuk ni..idea xputus-putus mengalir ..insya Allah moga ada hikmahnya dan semoga bermanfaat..bismillah..
CINTA?? Kata orang biasalah umur diawal remaja tidak bisa lolos daripada perasaan yang "semacam"..ingin disayangi dan menyayangi..namun apakah perasaan ini wajar untuk kita layani sementara kita masih lagi bergelar pelajar, mahasiswa atau mahasiswi ??
Aku terfikir apa yang diertikan dengan cinta sebenarnya?? ada apa dengan cinta??
kalau benar cinta itu haram kenapa ia diciptakan ??
kalau benar cinta itu menghampirkan kita kepada maksiat kenapa diturutkan??
dan jika benar cinta itu merosakkan kenapa kita tidak mampu mengelakkan perkara2 yang menyumbang kearah itu??
dan kalau benar cinta itu suci kenapa ramai yang musnah kerananya??
Nah!! wahai akhi dan ukhti..apa pandangan kalian mengenai persoalan2 diatas??
adakan sama?? atau berbeza mengikut perspektif kalian??
ok!!saya biarkan kalian berfikir sejenak yee....
pada pandangan saya la:
1- cinta memang fitrah setiap manusia..tapi perlulah diuruskan dengan kebijaksanaan akal yang waras agar tidak menjadi fitnah.
2- manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya...so tanya iman masing2.. adakah kita ingin menjadi hamba yang bertuhankan cinta atau hamba yang bertuhankan Allah??
3- hati manusia yang telah mati tidak akan sensitif dengan perbutan dosa yang dilakukan..
4- dan dijadikan terasa indah perbuatan dosa pada pandangan manusia..dan sesungguhnya jalan menghampiri neraka dihiasi perkara2 yang mengasyikkan dan menyeronokkan..manakala jalan untuk syurga pula dihiasi perkara2 yang melelahkan dan memerlukan mujahadah yang tinggi.
ok..sekarang saya bagi situasi untuk kalian renungi..
*..............................*.......................................*........................................*................................
situasi 1
''sayang i sayang u sampai bile2..i harap u pun sama''..
''celaka punya minah!!! kau siapa nak atur2 hidup aku..aku lelaki aku punya suka la nak rapat dengan sapa pun!!.''
kan aku dah cakap dia tu bukan boleh percaya tapi kau x endahkan sekarang tengok kau sendiri yang merana''..apa taknya makan xlalu, tidur xlena, menangis xhenti mengalahkan air hujan..
''tapi aku sayang dia..dulu dia ok jer tapi lepas jumpa orang baru yang lagi cantik, lagi seksi..mula la buat perangai..
situasi 2
''aku tutup aurat sempurna ..siap tudung labuh lagi.dia pun dah macam ustaz aku tengok..selalu jadi imam surau..walaupun aku dengan dia pasangan agak rapat tapi kami xpernah jumpa berdua-duaan pun, mesej pun hanya kata-kata islamik, hadis2 nabi je..x lebih dari tu..tu pun bukan apa aku xnak leka kalu boleh biar ada orang yang selalu mengingatkan aku, bimbing aku,,kejut aku soalt tahajjud..dia pun xpernah ajak aku dating ke tempat2 sunyi atau berdua-duaan..aku yakin dialah jodoh aku..kalu kami jumpa pom pasti ad orang tengah yang menemani kami..kalau kami jumpa pun kami still jaga jarak..aku duduk di kerusi ni dia duduk di kerusi tu..langsung xde pegang2 tangan or bersentuhan.jadi kami xmungkin terjebak dengan zina..
situasi 3
''ukhti, ana ada sesuatu nak bincang dengan ukhti ana harap ukhti sudi luangkan masa sekejap untuk ana..mugkin ukhti pelik kan knapa ana nak jumpa ni sebab kita xpenah bersua bicara mahupun bersua muka..sebenarnya dah lama ana tahan perasaan ni dan dah lama ana perhatikan ukhti, tapi ana xpasti dengan perasaan ana ni..mungkin ini hanya bisikan dan godaan syaitan semata-mata..tapi ana dah cuba lari perasaan ini..ana cuba jgk untuk minta petunjuk Ilahi melalui istikharah berulang2 kali..tapi hasinya tetap positif..ana mungkin silap kalau hanya sekali dua..tapi perasaan ana ni rasa laen macam je bila ada enti..subhanallah..ana pun xtau nk cakap macam mana..ana xmahu perasaan fitrah ini bertukar menjadi fitnah buat ana dan ukhti..dan kalu ukhti xkeberatan izinkan ana untuk mengenali keluarga ukhti dengan lebih dekat''.. ana harap ukhti dapat bagi keputusan kepada ana dalam jangka masa terdekat..mungkin ukhti boleh bincang dengan keluarga dulu..assalamualaikum..
........................................................................................................................................................
right's now apa yang kalian dapat simpulkan daripada 3 situasi diatas??
saya yakin masing2 dah ada jawapan kan??hehe..dan saya tau sebenarnya kalian lebih arif tentang bab2 ni..tapi izinkan saya untuk cuba berkongsi pendapat dan pandangan saya yee..
ok..situasi 1..pada pandangan saya ramai anak muda yang mengalami situasi ini..xkira la sama ada mereka merupakan pelajar sekolah mahupun mahasiswa atau mahasiswi semuanya xterlepas mengalami situasi ini..kalian perasan tak cinta pasangan 1 ini sangat besar dan berganntung 100% kepada pasangan nya..akibatnya dia yang terluka kerna cinta manusia yang tidak mempunyai cinta Allah tidak kekal bahkan boleh membawa mudarat kerana lebih banyak menjurus kepada perbuatan menghampiri zina..sekalipun mereka tiadak berzina tetapi kelakuan mereka kesana kemari berdua2an berpegangan tangan dan berpelukkan adalah sesutu yang dimurkai Allah dan menghampiri jalan zina..dan ingatlah syaitan xakan berdiam diri sebelum kita menjadi ahlinya yang sah untuk memenuhi neraka jahannam..
seterusnya situasi 2..nampak macam islamik dan cukup bagus kononnya tidak melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan perbuatan zina..namun perasankah saudara saudari sekalian..
keadaan ini boleh mendatangkan fitanh kepada agama..kenapa??
first mereka merupakan antara golongan2 yang menitikberatkan agama, jaga aurat, sentiasa inginkan tazkirah dan peringatan...TAPI!!! perlu ke daripada seorang yang bergelar LELAKI!!
ke dah tak ada kawan muslimat yang bagus akhlak dan peribadinya untuk bimbing kita atau kita yang terlalu mengada2..maaf ana mungkin keterlaluan tapi itulah keyataannya..kenapa?? sebab hakikatnya manusia lebih tertarik kepada lawan jenisnya..betul tak?? + tertarik kpd -
jadi memang tak mustahil orang agama ni untuk terjebak dengan perasaan ni ..sebab semakin kuat agama seseorang semakin kuat la godaan syaitan untuk menjatuhkannya..dan semua itu akan ditentukan oleh tahap kekebalan iman dalam hati masing2..jangan sampai orag gelarkan kita ustaz dan uztazah jadian pulak yer..
situasi terakhir pula nampaknya lebih sweet dan lagi high class bukan ?? pada pendapat saya tak semua lelaki mampu mengungkapkan perasaan yang sebenarnya pada wanita pilihanya iaitu bergelar isteri yang bakal dijadikan teman sehidup semati..apatahlagi untuk mengenali keluarga pihak perempuan terlebih dahulu tanpa mengenali wanita itu sendiri..mungkin ini juga boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat sejauh mana kesungguhan si lelaki untuk menjadika si wanita ni sebagai pendamping hidupnya..atau mugkin juga langsung tidak membantu..(depends on situation)
tapi apa yang saya ingin nyatakan disini cinta si lelaki ini lebih high class kerana dia lebih menjaga cintaNya berbanding menagih cinta makhuk ciptaanNya..semua masalah hati diajukan kepada Ilahi..minta diberikan petunjuk dan bimbingan..biasanya cinta orang yang mencntai Allah cinta mereka lebih terjamin..kenapa?? kerana asbab cintanya bukan kerana ukuran duniawi semata2 kecantikan atau kemewahan harta benda tetapi kerana agamanya..dan kalau itulah sebab cintanya nya..yakin lah dengan janji Allah..yang baik pasti akan dapat yang baik juga..dan untuk dapat yang baik kita dulu perlu jadi baik..untuk dapat yang soleh xperlu cari ..tapi jadilah si solehah dahulu..insya Allah..janji Allah sentiasa benar dan pasti..
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
.jpg)

